Cinta Sayang Rindu
bergetar kembali
sudah tiba masanya umat Islam meraikannya setelah sebulan berperang dengan nafsu. Berperang dengan nafsu makan, minum, syahwat. Akhirnya 1 syawal muncul setelah kita terpaksa merelakan kepergian bulan suci ramadhan yang tamat tugasnya. Sungguh tidak dapat dinafikan lagi bila tibanya bulan syawal, pasti kita meraikannya dengan juadah yang enak, rumah yang dihias dengan begitu indah, memperagakan baju baru, berkumpul bersama sanak saudara, bermaaf maafan mengenang dosa lalu. Tak lupa merakam memori syawal dengan penuh kegembiraan. cheese cheese cheese! berpuluh malah beratus mungkin foto video dirakam bagi menyimpan memori indah itu. Dan akhirnya tap! seribu like, komen apabila memuat naik di laman sosial. Dan akhirnya yang kutunggu. Si dia memuat naik foto. Sekali lagi aku terkesima. arghhh! serasa rindu sekali walhal kita tidaklah rapat, tidaklah bertemu langsung dulu. sepertinya khabarmu baik-baik sahaja. semakin indah kehidupanmu sepertinya.
Comments
Post a Comment